Shyleena Faridah Hope lancar produk terbaru Mrs Asia Worldwide

Baru-baru ini telah diadakan satu acara pelancaran produk jenama terbaru ,Mrs Asia Worldwide bertempat di hotel terkemuka ,Four Seasons Hotel di Kuala Lumpur.

Pengasas dan Pengarah MrsAsia Worldwide(M) Sdn Bhd,Shyleena Faridah Hope dalam ucapannya memberitahu para hadirin berkenaan pelbagai projek terbaru Mrs Asia Worldwide merangkumi aspek fesyen kontemporari,akademi latihan imej ,model dan fesyen kanak-kanak,latihan fotography,produk wangian,pakaian dan sebagainya.

Acara ini dihadiri oleh para tetamu jemputan,pihak media dan keluarga Shyleena Faridah Hope.Turut hadir ialah Pengurus Besar Four Seasons Hotel,wakil penaja seperti Habib Jewels dan ramai lagi.

Yang menariknya tentang produk Mrs Asia Worldwide ini antaranya ialah Shyleena mahu melahirkan pelapis dari kalangan kanak-kanak dalam dunia peragaan-fesyen,fotography dan pelbagai bakat dan kemahiran untuk kanak-kanak.Kedua-dua anak Shyleena dan Bruce Hope iaitu Isabelle Hope dan Jade Hope turut dilibatkan dalam projek ini dan pada acara ini juga kedua-dua kanak-kanak cilik berbakat besar ini turut memperagakan fesyen rekaan mereka sendiri.

MRS Asia Worldwide

( Pengasas dan Pengarah MrsAsia Worldwide(M) Sdn Bhd,Shyleena Faridah Hope menyampaikan ucapan alu-aluan pada acara ini)

Menurut Shyleena juga syarikat beliau bercadang mengadakan acara Asian Kids Fashion Show dan Asian Kids Photography pada masa akan datang dengan sokongan pelbagai pihak termasuk pihak media.Acara sebegini menurut beliau perlu diadakan bagi memberi peluang dan mencungkil bakat terpendam kanak-kanak disamping ia memerlukan sokongan ibubapa-keluarga juga .

Shyleena mengucapkan terima kasih kepada Habib Jewels yang menjadi rakan strategik Mrs Asia Worldwide dan memberi peluang kepada para model memperagakan barangan kemas Habib Jewels pada acara ini.

Shyleena Faridah Hope
Shyleena Faridah Hope Doughtier
Shyleena Faridah Hope Doughtier

(Isabelle Hope dan Jade Hope (anak kepada Shyleena Faridah Hope-Bruce Hope) memperagakan rekaan fesyen ciptaan mereka sendiri pada acara ini)

Dibawah ini merupakan sedikit latar belakang Shyleena Faridah Hope dan syarikat Mrs Asia Worldwide(M] Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut boleh didapati melalui:

Facebook: Mrs Asia Worldwide
Instagram : Mrs Asia Worldwide

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *